Di sini ku sedang dibelenggu rindu Beginikah rasa seksa perpisahan Sungguh anehnya hidup berasingan
Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu Sesaat seperti tahun lamanya Semasa kau tiada Apa yang terdaya
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana Tak sabar menantikan detik kepulangan Namun hingga itu Apa yang termampu
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar
No comments:
Post a Comment